Bantuan Aidilfitri RM700 dibayar bulan depan

Bantuan Aidilfitri RM700 dibayar bulan depan

Bantuan Aidilfitri RM700 dibayar bulan depan – Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri adalah sebuah inisiatif yang diperkenalkan bersempena dengan musim perayaan dan bertujuan untuk meringankan beban dalam usaha membauat persiapan hari mulia berkenaan.

Bantuan Aidilfitri pada tahun ini adalah sebanyak RM700 dan RM350 berdasarkan kategori setiap penerima.

Bantuan RM700 akan disalurkan kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak. Manakala, RM350 pula diberikan kepada para pesara Kerajaan.

Semak Juga: Pengeluaran KWSP: ‘Rakyat nak sekarang, bukan 15 tahun lagi’

Baca Juga: Bantuan Tambahan Bujang RM350 Untuk Seluruh Malaysia

Bantuan Aidilfitri RM700 dibayar bulan depan

Bantuan Aidilfitri RM700 dibayar bulan depan

Bantuan Aidilfitri RM700 dibayar bulan depan

Tarikh Pembayaran
Berdasarkan pengumuman Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2023, pembayaran bantuan khas ini akan dibuat pada bulan April 2023.

Dalam masa sama, pihak Kerajaan turut menyediakan subsidi yuran taska sebanyak RM180 sebulan kepada para penjawat awam. Malah,
had kelayakan pendapatan bulanan isi rumah yang layak juga dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM7,000.

“Terkait hal yang sama, bagi memperluas akses pendidikan awal kanak-kanak, Kerajaan akan meneruskan pembinaan 80 buah taska dan tabika KEMAS termasuk 13 projek baharu.” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat.

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Begitulah juga di bawah Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023 lalu.

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan Belanjawan 2023, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

 

Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.

Leave a Comment