Mohon Bantuan Kewangan 2022: Tuntutan Faedah Sekiranya Dijangkiti Covid-19

Mohon Bantuan Covid-19 2022

Kepada pekerja yang mendapat jangkitan Covid-19 boleh tuntut Skim Bencana Pekerjaan PERKESO. Skim Bencana Pekerjaan memberi perlindungan kepada pekerja yang mengalami kemalangan atau suatu penyakit khidmat yang berpunca atau terbit daripada pekerjaannya.

–> Sila baca Senarai Semua Bantuan Yang Anda Layak ~ cara semakan bantuan 2022

Pencarum PERKESO yang dijangkiti COVID-19 akibat/terbit dari aktiviti pekerjaan layak dilindungi di bawah Skim Bencana Pekerjaan yang menyediakan faedah berikut :

  1. Faedah Perubatan
  2. Faedah Hilang Upaya Sementara
  3. Faedah Hilang Upaya Kekal
  4. Elaun Layanan Sentiasa
  5. Kemudahan Pemulihan
  6. Faedah Orang Tanggungan
  7. Faedah Pengurusan Mayat
  8. Faedah Pendidikan

Bagi pencarum PERKESO yang dijangkiti COVID-19 bukan berpunca dari pekerjaannya dan telah menyebabkan keuzuran yang berkekalan dan tidak berupaya bekerja semula termasuk kematian, perlindungan disediakan di bawah Skim Keilatan yang meliputi faedah berikut:

  1. Pencen Ilat
  2. Bantuan Ilat
  3. Elaun Layanan Sentiasa
  4. Kemudahan Pemulihan
  5. Pencen Penakat
  6. Faedah Pengurusan Mayat
  7. Faedah Pendidikan

vaccine concept illustration 114360 5361 396cdab5

Jumlah bantuan

Pencarum yang disahkan dijangkiti Covid-19 di tempat kerja boleh buat tuntutan sehingga 90% daripada gaji mengikut jumlah hari dirawat di hospital sehingga disahkan negatif.

Berikut adalah cara pengiraan kadar faedah yang layak diterima:

(80% Purata gaji / 30 hari) x Jumlah hari dirawat/ kuarantin

Contohnya, sekiranya gaji anda RM2,000 dan anda dikuarantin selama 14 hari:

[(80% x RM2,000) / 30 hari) x 14 hari = RM746.67

Cara Memohon

Cara permohonan untuk menuntut faedah PERKESO bagi kes COVID-19 adalah sama seperti tuntutan bagi kemalangan semasa bekerja iaitu dengan melengkapkan Borang 34 (Borang Butiran Notis dan Tuntutan Faedah)

Permohonan boleh dibuat secara manual dan dikemukakan kepada pejabat PERKESO berhampiran.

Majikan boleh mengemukakan permohonan secara dalam talian menerusi Portal Permohonan Faedah di pautan https://faedah.perkeso.gov.my dengan log masuk menggunakan nama pengguna (username) dan kata laluan (password) yang sama bagi Portal ASSIST.

KLIK Link di sini –> https://www.perkeso.gov.my/tuntutan-faedah-berkaitan-covid-19.html

Maklumat lanjut

Untuk info lanjut tentang bantuan, klik di sini.

–> Sila baca Permohonan Tuntutan Bantuan MySalam Covid-19 Sehingga RM700!

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

KHAS UNTUK PEMBACA BERTUAH

Shope tengah buat sale sekarang

klik disini — promosi shope terlajak murahs

Leave a Comment