BANK RAKYAT : 6 CARA MENDAFTAR BANK RAKYAT SECARA ONLINE

Kini, segalanya lebih mudah dengan perbankan internet, apatah lagi bagi pengguna bank rakyat. Untuk membayar bil, membeli belah dan sebagainya. Kali ini kali akan kongsikan cara-cara mendaftar perbankan internet bagi Bank Rakyat

BANK RAKYAT

Langkah yang pertama adalah dengan mendaftar di ATM Bank Rakyat. Terdapat dua cara mendaftar perbankan internet Bank Rakyat iaitu melalui ATM dan mendaftar secara atas talian (untuk mengaktifkan).

Antara perkara yang anda perlu lakukan ketika mendaftar di ATM Bank Rakyat adalah :

  • 1. Anda mesti pergi ke mesin ATM.
  • 2. Masukkan PIN ATM Anda.
  • 3. Sila tekan menu Others.
  • 4. Kemudian, tekan menu Internet Banking TPIN.
  • 5. Masukkan nombor telefon dan TPIN.
  • 6. Selesai.

Tambahan makluman semua, TPIN ini akan digunakan sebagai pengesahan. Ianya diperlukan apabila anda melakukan proses pendaftaran melalui laman web Bank Rakyat. Tetapi TPIN ini tidak akan dicetak pada resit, makanya anda perlu menghafalnya.

Seterusnya, sila pastikan nombor telefon yang anda daftar hendaklah aktif, sekiranya tidak aktif anda perlu menukarnya di cawangan Bank Rakyat berdekatan.

baca juga : https://myinfokerja.com/3-cara-daftar-bsn-online/

Langkah kedua adalah: Mendaftar di iRakyat

Langkah ini boleh dilakukan selepas mendapat TPIN dan mesti dilakukan secara online.

  • 1. Pergi ke web rasmiĀ irakyat
  • 2. Pilih First Time Registration di bahagian bawah.
  • 3. Selepas itu terdapat dua pilihan yang disediakan di sana. Melalui kad ATM atau gunakan temporary ID.
  • 4. Sila pilih kad ATM.
  • 5. Isi borang yang disediakan dengan data yang diperlukan. Borang ini mengandungi jenis kad yang anda gunakan, sama ada kad debit atau kad kredit.
  • 6. Selepas itu, anda perlulah mendaftarkan nombor telefon anda, kemudian anda akan mendapat mesej dalam bentuk Kod Pengesahan Transaksi (TAC). Kod ini akan diperlukan kemudian apabila melakukan transaksi.
  • 7. Seterusnya, sila masukkan username, kata laluan dan email. Data ini berfungsi sebagai kod akses Anda login ke internet banking iRakyat. Akhir sekali, sila baca terma dan syarat, kemudian semak ruangan Accept. Selesai.

Sekiranya anda mengalami kesulitan, sila hubungi call centre Tele-Rakyat : Local 1-300-80-5454 atau talian Internasional + 603-5526-9000

Leave a Comment