Badannya panas dan tiada selera makan. Di ketika bacaan yasin

Badannya panas dan tiada selera makan. Di ketika bacaan yasin

Pemergian tuannya, benar-benar membuatkan seekor kucing di Indonesia ini berasa sedih. Anak arwah menyangka kucing ini sakit, lalu dibawa ke klinik haiwan tetapi doktor mengesahkan segalanya normal. Sehinggalah mereka membawa kucing parsi ini ke kubur arwah tuannya. Dari situ, barulah mereka mengerti.

KUCING ini namanya Rambo. Kucing parsi yang sejak dari kecil dibela oleh arwah ayah saya. Setiap hari Rambo menemani ayah saya di rumah. Makan dan minumnya dijaga, bahkah kalau sakit sampai dibawa ke klinik haiwan. Bila tidur pun Rambo selalu tidur di sisi ayah saya seolah-olah kawan rapat.

Namun pada hari ayah saya meninggal dunia, si Rambo jatuh sakit secara mendadak.

Badannya panas dan tiada selera makan. Di ketika bacaan yasin, Rambo hanya duduk di samping jiran-jiran yang datang selama 7 hari berturut-turut.

Badannya panas dan tiada selera makan. Di ketika bacaan yasin

Sejak dari hari itu, Rambo selalu di bawa ke klinik haiwan kerana kesihatannya merosot dan mengalami dehidrasi tinggi, serta ditinggalkan beberapa hari di klinik itu untuk pemantauan.

Setelah sembuh, Rambo dibenarkan pulang tetapi dia masih kelihatan tidak bersemangat berbanding sebelum ini. Dia hanya tidur dan duduk di depan TV.

Pandangannya kosong walaupun sudah ada selera makan sikit. Kami beri makanan berkhasiat tinggi agar dia berselera.

Beberapa hari kemudian, doktor menjelaskan apa yang berlaku pada Rambo bukanlah gejala sakit fizikal, kucing juga mempunyai perasaan yang boleh berasa sedih dengan kehilangan.

Benar, ketika saya bawa Rambo check up di klinik, doktor kata dia sihat dan normal saja. Cuma dia tidak bersemangat dan kurang makan selain kerap termenung.

Lalu kami mengambil inisiatif membawa Rambo berkujung ke kubur arwah ayah. Sampai di kubur arwah ayah, Rambo hanya terduduk diam sambil memandang keadaan sekeliling. Kemudian dia berjalan sendiri dengan mata sayu menuju ke batu nisan ayah saya dan mula terduduk diam selama kami semua membacakan doa bersama.

Selesai membaca doa, si Rambo tidak berganjak dari tempat duduknya. Pandangannya hanya tertumpu ke arah batu nisan dan sesekali menyandar badannya di batu nisan itu.

Kami semua hanya menyaksikan semua itu dan memberi ruang kepada Rambo. Kemudian, kami semua pulang.

Tiba di rumah, Rambo sudah mula nak makan dan dehidrasinya sudah berkurangan walaupun mungkin akan mengambil sedikit masa untuk pulih.

Di sini saya mula memahami bahawa haiwan yang setia juga mempunyai perasaan yang sama dengan manusia. Hanya cara untuk mengungkapkannya berbeza. Siapa tahu? Wallahualam.

Leave a Comment