Asyik Perli Bantuan Kerajaan?
Asyik Perli Bantuan Kerajaan? – Mungkin Nilai Sikit Pada Mata Kita, Tapi Besar Pada Yang Memerlukan. Jawatan Kosong 2022
Ini sejajar dengan keprihatinan dan hasrat kerajaan untuk membantu rakyat dan semua sektor yang terkesan pasca pandemik. Tahun ini, Bajet 2023 dijadual untuk dibentangkan pada 7 Oktober bermula jam 4 petang di Dewan Rakyat. Untuk pengetahuan anda, bajet tahun lalu merupakan yang tertinggi dalam sejarah dengan kerajaan memperuntukkan RM332.1 bilion.
Bantuan bersasar bantu golongan terkesan.” Melihat peruntukan yang diberikan kerajaan, ia berbentuk bantuan bersasar, di mana golongan B40 dan mereka yang terjejas akibat pandemik menjadi keutamaan kerajaan. Sebagai contoh, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah salah satu usaha kerajaan untuk memberikan ‘kuasa berbelanja’ buat golongan B40 melalui pemberian tunai secara berkala serta perlindungan kesihatan percuma oleh kerajaan menerusi Skim MySalam.
Bagi mereka yang kehilangan pekerjaan, inisiatif JaminKerja dan Subsidi Upah telah memberi situasi menang-menang kepada mereka yang kehilangan/mencari pekerjaan dan juga majikan.
Dalam pada itu, kerajaan tidak melupakan usahawan mikro yang terjejas akibat pandemik dengan menawarkan pelbagai program dan kemudahan pembiayaan di bawah inisiatif SemarakNiaga.
Golongan pelajar IPT dan belia juga tidak disisihkan apabila mereka turut mendapat bantuan ePemula bernilai RM150 sebagai galakan menggunakan transaksi tanpa tunai.
Usaha kerajaan ini seharusnya mendapat pujian kerana bantuan yang dihulur, merentasi semua lapisan masyarakat sebagai satu keluargaFokus Utama Bajet 2023. Ekonomi negara jelas menunjukkan pemulihan yang kukuh pasca COVID-19 melalui tindakan responsif kerajaan.
Bagaimanapun unjuran Bantuan Kerajaan 2023 menunjukkan trend ketidaktentuan ekonomi berikutan konflik di Ukraine yang tidak berkesudahan dan kenaikan harga komoditi di peringkat global.
Bajet 2023 bakal menjadi kesinambungan usaha kerajaan memulih dan memantapkan ekonomi melalui pendekatan Responsif, Bertanggungjawab dan Reformis dalam membentuk belanjawan menyeluruh #BajetKeluargaMalaysia.
Bajet kali ini pastinya mengutamakan usaha berterusan kerajaan untuk memastikan semua lapisan Keluarga Malaysia menerima manfaat seperti yang telah terbukti dengan kejayaan Bajet 2022.
Menuju ke arah pemulihan yang dirangka sejak 2021, kerajaan komited berada di landasan yang tepat dalam mengukuhkan daya tahan ekonomi dan fiskal Malaysia pada tahun 2023 dan seterusnya.
Dalam Bajet 2023, kerajaan dijangka memberi fokus kepada 3 agenda utama iaitu:- Memperkukuh momentum pemulihan ekonomi, -Memperkukuh momentum pemulihan ekonomi dan Melaksanakan pembaharuan menyeluruh.
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.
Untuk mendapatkan lebih maklumat mengenai bantuan dan inisiatif yang diberikan dalam Bajet 2022 layari Bantuan Kerajaan: