ASNB Amanah Saham Nasional Berhad 2022
(ASNB Amanah Saham Nasional Berhad 2022) – Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan untuk dana harga tetap Amanah Saham Malaysia 3 (ASM 3) bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2022.
Baca Juga: KWSP Caruman 2% Bakal Dilancarkan
Pengagihan Dana Saham
Pembayaran Pengagihan Dana Saham pendapatan berjumlah RM573.66 juta yang memanfaatkan 551,685 pemegang unit yang memegang sebanyak 15.30 bilion unit. Setakat 22 September 2022, ASM 3 mencatatkan pendapatan bersih direalisasi sebanyak RM575.87 juta.
Pengagihan pendapatan sebanyak 3.75 sen seunit mengatasi penanda aras pulangan Deposit Tetap 12 Bulan Maybank pada 2.02% sebanyak 173 mata asas bagi tempoh tahun kewangan setakat 22 September 2022.
Urus niaga ASM 3 di semua cawangan dan ejen ASNB, termasuk semua platfom digital dan perbankan internet, telah ditangguhkan buat sementara waktu dari 22 hingga 30 September 2022. Pemegang unit boleh melakukan semula urus niaga di portal myASNB (www.myasnb.com.my), atau melalui aplikasi mudah alih myASNB pada 1 Oktober 2022, atau di mana-mana cawangan atau ejen ASNB di seluruh negara bermula 2 Oktober 2022. (ASNB Amanah Saham Nasional Berhad 2022)
Sumber Kenyataan akhbar: https://asnb.my/KA22ASM3
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.