Cara Semakan BPR Fasa 2
Cara untuk memohon adalah amat mudah sama seperti BPR Fasa 1 iaitu melalui ONLINE sahaja.
- Sila pergi ke laman web sistem BPR. Sila klik di sini.
- Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan anda dan ikuti panduan yang seterusnya.
- Jika lulus, wang akan automatik masuk ke dalam akaun bank pemohon.
Apa maksud Pengkreditan Terus BPR?
Status BPR ini bermaksud duit BPR masuk terus ke akaun bank.
Jika anda telah mendaftar nama bank dan nombor akaun dengan betul semasa membuat pendaftaran dan permohonan BPR.Pembayaran BPR adalah melalui pengkreditan terus.
–>Sila klik sini untuk membaca artikel Tips Penting Sebelum Menjawab Soalan SPA Online!
Apa maksud Pengkreditan secara tunai?
Jika anda gagal mendaftar/berlaku kesilapan semasa memasukan maklumat nama bank dan nombor akaun dengan tepat semasa membuat pendaftaran dan permohona BPR.Pembayaran secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
Pada status BPR akan dipaparkan nombor baucar BPR untuk memudahkan pelaksanaan pengkreditan secara tunai BPR di cawangan BSN.
Maksud BPR Dalam Proses Pengkreditan
Jika anda dipaparkan status BPR ini, ini bermaksud BPR Fasa 2 anda adalah dalam proses bank in ke akaun penerima BPR. Sebagai contoh, jika anda menerima BPR melalui Bank Islam ,Kementerian Kewangan Malaysia sedang membuat bayaran BPR anda melalui Bank Islam dan Bank Islam pula akan memasukan duit BPR ke dalam akaun peribadi anda.
Oleh yang demikian, duit BPR anda akan masuk, tetapi memerlukan sedikit masa untuk diproses.
–> Sila baca Tebus RM150: Permohonan Bantuan eWallet Di Bawah eBelia PEMERKASA 2021