Alhamdulillah, Akhirnya jumpa pemilik sebenar

Alhamdulillah, Akhirnya jumpa pemilik sebenar

Alhamdulillah. Allah telah memudahkan urusan pemuda ini dan berjumpa ini dengan tuan empunya wang.

Kisah pemuda ini wajar dijadikan inspirasi. Yelah hati manusia ni semua tak sama.Pemuda ini memberitahu cabaran pencarian adalah agak sukar jadi dia perlu menjadi seorang yang sangat detail.

Mereka yang menghubunginya tak henti-henti dalam meyakinkan bahawa mereka adalah pemilik sebenar. Cara cerita yang sopan. Tak memaksa, sabar dan tak henti-henti luahkan rasa syukur. Diulang tanpa jemu kronologi bagaimana wang nya tercicir

“Abang ni pun dah berkeluarga, selain anak anak yang masih bersekolah dan ada juga baby yang masih menyusu. Beliau menceritakan bahawa saat itu benar-benar buntu dalam kewangan dan terus ikhtiar mendapatkan sumber untuk menyara keluarga”.

Setelah 2 hari yang penuh ujian. Hidup ini ada dua pilihan mungkin Allah nak uji adakah kita betul taat atau sebaliknya.

Selepas dua hari, akhirnya dia bertemu dengan seorang lelaki yang merupakan pemilik sebenar wang berkenaan. Lelaki berkenaan menceritakan segalanya dengan begitu jelas tentang bagaimana duit itu boleh tercicir.

Oleh kerana lelaki berkenaan dapat menjawab semua soalan yang diajukan dengan tenang dan sabar, Syazwan percaya bahawa lelaki berkenaan merupakan pemilik asal duit itu.

Bertaubat lah, kepada mereka yang memint4 secara h4r4m Bertaubat lah, kepada mereka yang meminta secara haram

Alhamdulillah juga berkat doa kawan kawan yang bantu vir4l sampai 10k, yang bantu nasihat, yang bantu share kan dalam whatsapp dan group.

Kepada yang meminta secara h4r4m dan tidak am4n4h. Bertaubatlah. Bila aku tanya detail, kau marah marah aku, kata tak halalkan dunia akhirat dan rampas hasil titik peluh suami. Usah cakap bab agama dengan aku. Kau belajar dulu adab bertanya macamana. Tanya pun macam tiada adab. Laju je kata duit kau.

Lelaki Bijak Berjaya Cari Pemilik Asal Setelah Jumpa Segulung Duit RM100 Di Stesen Minyak, Ramai Cuba Claim Tapi Ini Yang Jadi

Jumpa Segulung Duit RM100 Di Stesen Minyak Dan Ramai Cuba ‘Claim’, Mujur Lelaki Bijak Berjaya Cari Pemilik Asal

Beberapa tahun lepas telah tular mengenai seorang lelaki bernama Syazwan Khalid yang menemui segulung duit RM100 stesen minyak di Ulu Tiram, Johor Bahru. Atas sikap jujur dan baik hati, dia telah memuat naik foto duit tersebut di dalam akaun FB dia untuk cuba mencari pemilik wang berkenaan.

Ini merupakan kisah lama yang mungkin boleh dijadikan oengajaran kepada pembaca semua.

“Assalamualaikum. Tengah jalan ke tempat kerja, saya jumpa segulung duit. Lokasi di station minyak Petronas Ulu Tiram JB. mungkin pemiliknya terjatuh waktu awal pagi. Jumlah agak besar. Terfikir mungkin ini nafkah seorang bapa untuk keluarganya”.

“Kalau ada sesiapa yang tercicir, boleh pm saya dengan syarat sebutkan jumlah sebenar. Dan beberapa soalan akan ditanya supaya saya dapat jumpa tuan pemilik. Kalau ada yang meneka, pun salah sebab ada sesuatu dalam duit”.

Tanggal 8 Julai pada tahun tersebut, dia memberitahu bahawa jumlah wang yang dijumpainya itu agak besar dan berkemungkinan milik seorang ketua keluarga. Dia memuat naik status di Facebooknya dengan harapan agar dapat menjumpai pemilik asal.

Sesiapa yang mengaku sebagai pemilik asal perlu memberitahu jumlah wang tersebut dan beberapa perkara lagi kerana di dalam gulungan wang itu terdapat sesuatu benda. Hal ini bagi memastikan dia benar-benar memulangkannya kepada pemilik yang sebenar.

Terima kasih semuanya.perasaan gembira dapat memulangkannya hanya Allah yang tahu.

Tambahnya lagi, ada sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab mengaku mengatakan diri mereka pemilik sebenar. Apabila diajukan soalan bagi mendapat kepastian, mereka bertindak marah dan menjawab tanpa adab. Dia bersyukur kerana akhirnya dia dapat berjumpa dengan pemilik sebenar dan memulangkan sejumlah wang itu kembali.

Sumber: Syazwan Khalid via OHBULAN

jumpaduittercicir1

jumpaduittercicir2

jumpaduittercicir3

Leave a Comment