Akhirnya Man Raja Lawak D3dah Kenapa BeIiau Tak Mahu Lagi Bergabung Dengan Tauke Jambu, Memang Patut Pun
Pelawak Man Raja Lawak berkata dia enggan lagi bergandingan dengan Tauke Jambu dalam mana-mana program lawak selepas ini.
Kata Man, dia serik bekerjasama dengan Tauke selepas mereka disatukan dalam program Maharaja Lawak Mega pada tahun 2018.
“Tauke ni kalau bekerja memang bagus, idea bagus, komitmen pun bagus cuma yang kurangnya selalu buat kawan menunggu lama”
“Kalau masa pertandingan memang kena fikir sebab banyak masa terluang lain yang boleh dilakukan, tapi sekiranya perlu menunggu masa… itu satu bebanan buat saya,” katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, Man berkata hubungannya bersama Tauke masih berjalan baik dan bukanlah seperti diperkatakan oleh segelintir pihak kononnya mereka tidak bertegur sapa.
“Saya dengan Tauke okay saja, selalu mesej cuma kalau untuk melepak sekali memang agak sukar sebab faktor masa kurang sesuai… kalau bukan bab kerja kami memang okay,” jelasnya.
Untuk rekod Man dan Tauke pernah menyertai program Maharaja Lawak Mega 2018 membentuk kumpulan Taman.
Dalam Maharaja Lawak Mega 2019, Man bersama kumpulan Puteh dan untuk Muzikal Lawak Superstar musim ketiga Man membentuk kumpulan OOD bersama Zahid dan Chiwan.
LIHAT VIDEO DIBAWAH
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sumber: Apa Khabar Achik
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di My Info Kerja