Daftar Akaun KWSP Anak Yang Berumur 14 Tahun Dan Ke Atas

Daftar Akaun KWSP untuk anak yang berumur 14 tahun ke Atas dan terima insentif kerajaan RM250 setahun

Menariknya, pihak kerajaan ada menyediakan insentif tambahan sebanyak 15%, maksimum RM250 setahun di bawah Skim i-Saraan. Sekiranya anda membuat caruman sebanyak RM3000, kerajaan akan memberikan insentif maksimum RM250 sebagai galakan di bawah skim ini.

Perkara ini sangat baik sebagai simpanan jangka panjang dan anak anda layak menerima dividen pada setiap tahun.

Ramai yang telah mengeluarkan dana persaraan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) baru-baru ini. Ini rentetan daripada kebenaran kerajaan untuk pengeluaran wang dilakukan bagi membantu memulihkan semula ekonomi pencarum dan membantu rakyat berdiri semula selepas teruk menerima tempias Pandemik COVID-19.

Akaun KWSP

Baca Juga: Gaji Minimum RM1500 Akan Dilancarkan bermula 1 Mei 2022

Cara Daftar Akaun KWSP

Akaun KWSP

Pendaftaran boleh dibuat dengan mudah di Kiosk KWSP. Daftarkan anak anda di Kiosk KWSP dan bawa bersama kad pengenalan serta cap jari anak turut diperlukan. Selesai sahaja pendaftaran di Kiosk KWSP, maklumkan kepada pegawai KWSP terdekat untuk membantu anak anda membuka i-Akaun.

Setelah i-Akaun anda selesai didaftarkan, akaun simpanan shariah telah ditukar, anda perlu mendaftarkan diri dalam caruman i-Saraan. Anda boleh membaca lebih lanjut berkenaan dengan caruman i-Saraan di SINI.

Ubah simpanan anda kepada simpanan shariah. Kebiasaannya, pegawai KWSP akan membantu anda dalam menyelesaikan proses ini.

Selesai sahaja pendaftaran, anda akan diberikan panduan selanjutnya untuk membuat bayaran caruman secara atas talian.

Untuk mudah faham, i-Saraan adalah merupakan caruman secara sukarela. Jangan risau, proses pendaftaran i-Saraan ini juga akan dibantu oleh pegawai KWSP yang bertugas.

MANFAAT DAFTAR AKAUN KWSP:

Akaun KWSP

  • Anda layak untuk menerima dividen caruman pada setiap tahun
  • Inisiatif yang baik daripada kerajaan iaitu pemberian insentif sebanyak 15% (jumlah
  • maksimum insentif sebanyak RM250 setahun), anda dapat menggandakan wang caruman sedia ada
  • KWSP adalah merupakan satu simpanan jangka masa panjang untuk kegunaan sebagai wang persaraan kelak.
  • layak untuk menerima dividen caruman pada setiap tahun.
  • Boleh membuat caruman pada bila-bila masa.
  • i-Saraan merupakan skim caruman sukarela.
  • layak untuk menerima manfaat kematian sebanyak RM2500.

Baca Juga: Kategori Pemohon KWSP Yang Terima Bayaran Sebelum Raya

Sumber: Majalahlabur

i-Saraan KWSP

MyinfoKerja

Disclaimers – Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan dengan “  Daftar Akaun KWSP ” sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih

Leave a Comment