SPR sasar 70 peratus rakyat keluar mengundi ketika PRN Melaka
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mensasarkan kira-kira 70 peratus daripada 495,196 pengundi yang layak, akan keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini.
–> Sila baca Senarai Bantuan Kerajaan Oktober 2021 – tarikh bayaran & cara permohonan
Intipati kenyataan berita
- Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata sasaran itu agak rendah berbanding jumlah biasa pada pelaksanaan pilihan raya sebelum ini dengan mengambil kira tempoh pandemik COVID-19 yang belum berakhir.
- “SPR mensasarkan 70 peratus akan keluar mengundi dan setiap garis panduan akan berpandukan kepada pandangan serta nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
- “Bagi pihak SPR kalau boleh sememangnya kita mahu sasaran yang positif, tetapi memandangkan faktor COVID-19, sasaran itu agak rendah yang mana selalunya kita menetapkan 80 peratus akan keluar mengundi,” katanya.
- Panduan pencegahan COVID-19 yang akan digunakan sepanjang PRN itu berpandukan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
- “Dari segi SOP di pusat mengundi memang ketat (dengan) syarat-syarat vaksin, pemakaian pelitup muka, penjarakan dan sebagainya memang ada dan di peringkat urusetia serta petugas kita tidak akan bertolak ansur.
- “Kepada semua pengundi janganlah turun (serentak), kerana kita ada waktu 8 pagi hingga 5.30 petang, waktunya agak panjang yang mana kalau boleh warga emas awal pagi, yang muda biarlah lewat sedikit supaya tidak berlaku kesesakan.
Maklumat Lanjut
Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web kerajaan yang sahih di sini.
Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan bantuan di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang bantuan kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan yang boleh didapati di Portal Manfaat.
Layari MyInfoKerja bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.
–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih