Iklan Jawatan Kosong Pelbagai Jawatan
Isi Kekosongan Secara Online di Majlis Perbandaran Kulai
Rakyat Malaysia yang berkelayakan dan ingin membina kerjaya di Majlis Perbandaran Kulai bolehlah mengisi kekosongan di syarikat ini secara atas talian (online) di laman web rasmi mereka. Kekosongan yang tersedia adalah:
- Arkitek Landskap J41
- Penolong Jurutera JA2
- Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29
- Pembantu Penguatkuasa KP19
- Penolong Akauntan W29
- Pembantu Operasi N11
Syarat Lantikan Jawatan
Calon yang mempunyai kelayakan dan berhasrat untuk bekerja di Majlis Perbandaran Kulai ini hendaklah membaca syarat-syarat kelayakan dengan teliti bagi setiap jawatan kosong yang dimohon. Ini adalah kerana, syarat-syarat kelayakan adalah berbeza-beza bagi setiap jawatan yang dimohon.
Di samping itu, calon juga mestilah mempunyai ciri-ciri berikut:
- Berkelayakan akademik yang disyaratkan (contohnya: Ijazah Sarjana Muda, Sijil Tinggi Persekolahan seperti SPM, STPM, “A” Level)
- Mempunyai minat untuk bekerjaya
- Mempunyai kemahiran interpersonal dan komunikasi yang baik
- Berpengetahuan dalam bidang jawatan kosong yang dipohon
Antara kelebihan bekerja dengan syarikat ini adalah seperti yang tertera:
- Gaji dengan pelbagai imbuhan (bonus),
- Cuti tahunan,
- Cuti sakit, dan
- Lain-lain
Contohnya, bagi jawatan kosong ARKITEK LANDSKAP , syarat kelayakan adalah seperti dibawah:
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Ijazah Sarjana Muda Seni Bina Landskap yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; (Gaji permulaan ialah pada Gred J41 : RM2,529.00).
- Syarat Kelayakan Bahasa Melayu: Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang Diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Cara-Cara Memohon
Permohonan hendaklah dibuat melalui sistem permohonan jawatan dalam talian yang boleh diakses di laman sesawang Institut Majlis Perbandaran Kulai di sini.
- Permohonan-permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Majlis Perbandaran Kulai yang boleh diperolehi daripada Pejabat Majlis secara percuma. Borang Permohonan juga boleh diperolehi dengan muat turun dari Laman Web rasmi www.mpkulai.gov.my
- Hanya satu permohonan sahaja yang dibenarkan bagi satu jawatan yang dipohon.
- Permohonan hendaklah disertakan bersama sekeping gambar berukuran passport, salinan Kad Pengenalan, Sijil Persekolahan dan Sijil Berhenti Sekolah (setiap salinan sijil hendaklah diperakui sah oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional ke atas atau Penghulu Mukim atau Guru Besar / Pengetua).
- Bagi kelayakan Sijil/ Diploma/ Ijazah perlu dilampirkan pengiktirafan kelayakan di jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui Laman Web http://www2.mqa.gov.my/esisraf dan dihantar bersama borang permohonan.
- Permohonan yang lewat diterima, tanpa gambar dan tanpa dokumen – dokumen di atas dan tidak mengikut syarat/peraturan tidak akan dilayan.
- Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat mestilah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan mengikut Perintah Am Bab ‘A’ Bil.18 dibawah Peraturan-peraturan Pegawai Awam Tahun 2012 dan memastikan Laporan Penilaian Prestasi, Surat Kebenaran Permohonan dari Ketua Jabatan dan Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini disertakan bersama-sama.
- Permohonan hendaklah dihantar terus kepada :
YANG DIPERTUA,
MAJLIS PERBANDARAN KULAI,
JALAN PEJABAT KERAJAAN,
81000 KULAI, JOHOR.
U.P : UNIT SUMBER MANUSIA
6 Jawatan Kosong Kerajaan 2021 (TERKINI) di Majlis Perbandaran Kulai ~ Mohon Sebelum 18 Mac!
Lokasi kekosongan: Johor
Tarikh tutup permohonan: 18 Mac 2021
Baca juga: SEMAKAN DAN PERMOHONAN GKP 3.0 GERAN KHAS PRIHATIN 3.0 di sini.
Selamat maju jaya!