Kelonggaran rentas negeri jika vaksinasi 90%
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) membenarkan aktiviti rentas negeri dengan syarat mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa berdasarkan data dan analisis yang telah dibuat oleh KKM. Setakat semalam, kadar vaksinasi negara terus mencatatkan peningkatan memberangsangkan dengan 86.8 peratus populasi dewasa sudah lengkap divaksin.
–> Sila baca Senarai Semua Bantuan Yang Anda Layak ~ cara semakan bantuan 2021
Intipati kenyataan berita
- Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, baru-baru ini, dilapor mengumumkan kelonggaran rentas negeri akan dibenarkan apabila negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa berdasarkan data dan analisis dibuat KKM.
- Menjawab kebimbangan berhubung kelonggaran perjalanan rentas negeri dengan mengambil contoh situasi semasa di Singapura dibangkitkan warganet, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya memantau dengan teliti perkembangan penularan COVID-19 di Kota Singa itu.
- “Tahap vaksinasi (di Singapura) tinggi tetapi kes kini berada pada tahap tertinggi. Kita perlu bersedia secara mental bagi peningkatan bilangan kes apabila kelonggaran perjalanan rentas negeri dibenarkan.
- Bagaimanapun, katanya, orang ramai dinasihat tidak terlalu teruja, selain perlu menjalani penilaian kendiri sebelum melakukan perjalanan rentas negeri.
- “Kita perlu jadi lebih bijak dengan memastikan diri sendiri dan pihak ingin dilawati bebas COVID-19, selain kedua-duanya sudah lengkap divaksinasi sebelum melakukan perjalanan.
- “Paling utama ialah lakukan saringan, pengesanan (kontak), pengasingan dan bantuan bagi kes yang memerlukan jagaan tambahan,” katanya.
Maklumat Lanjut
Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web kerajaan yang sahih di sini.
Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan bantuan di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang bantuan kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan yang boleh didapati di Portal Manfaat.
Layari MyInfoKerja bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.
–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih