4 Kategori Wang Pengeluaran KWSP
4 Kategori Wang Pengeluaran KWSP. Sebenarnya Wang Pengeluaran KWSP anda boleh dibuat atau dilakkan pengeluaran wang untuk tujuan peribadi seperti membina / ubah suai rumah, pendidikan, rawatan dan lain-lain.
Namun untuk melaksanakan perkara tersebut bukan suatu hal yang mudah kerana pengeluaran khas KWSP 1.0 baru sahaja diluluskan. Tetapi Anda tidak perlu khuatir kerana terdapat banyak jenis pengeluaran yang boleh anda lakukan selagi mana anda mengikut syarat dan terma yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP.
Namun Wang Pengeluaran KWSP bukan hal yang mudah dan pihak KWSP perlu menyelidik dari pelbagai aspek penting. Memang tidak dinafikan ramai rakyat yang mengeluh dengan kenaikkan harga barang asas baru-baru ini dan menyebabkan ada golongan yang inginkan perlaksanaan Wang Pengeluaran KWSP khas KWSP 2.0 ini dilakukan.
Pada pertengahan tahun ini telah hangat diperkatakan berkenaan Pengeluaran Khas KWSP 2.0, ramai yang mengharapkan perlaksanaan kali kedua dapat dilakukan pada tahun ini.
Baca Juga: Membantu Percepatkan KWSP 2.0 Lakukan Ini
Kategori Jenis Pengeluaran Wang KWSP Yang Dibenarkan Tahun 2022 Ini
Dibawah telah disediakan senarai jenis pengeluaran khas KWSP yang boleh anda lakukan untuk tujuan peribadi seperti berikut.
Ubah suai Rumah/Pengeluaran Untuk Pembelian
Untuk makluman, pihak KWSP telah memberikan kemudahan untuk membantu ahli memiliki rumah sendiri sama ada melalui pembinaan, membeli rumah subsale, rumah lelong atau melalui Rumah Mesra Rakyat 2022 – KWSP Beli Rumah
Rawatan Perubatan Untuk Pengeluaran
Sekiranya anda menghadapi masalah kesihatan dan melibatkan 36 jenis penyakit kritikal, anda secara automatik boleh membuat pengeluaran pada akaun 2 bagi tujuan menampung kos rawatan perubatan dan pembelian alat kesihatan – KWSP Perubatan
Pendidikan Pengeluaran
Kemudahan ini diberikan adalah bagi tujuan meringankan beban ahli kerana tidak perlu membayar yuran yang mahal untuk menikmati kemudahan yang disediakan oleh pihak Universiti.
Pihak KWSP turut memberikan pengeluaran EPF untuk anda menampung pengajian anak anda yang ingin melanjutkan pengajian di IPT sekiranya pinjaman PTPTN tidak mencukupi – KWSP Pendidikan
Ibadah Haji Pengeluaran kwsp
Bagi tujuan mengurangkan bebanan ahli yang ingin menunaikan ibadah Haji, wang daripada akaun anda boleh dikeluarkan dengan cara membuat permohonan pengeluaran KWSP i-akaun untuk tujuan pembelanjaan kos haji dan daftar haji dengan Lembaga Tabung Haji – KWSP Haji
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berklayakan untuk anda mohon, sila ke Halaman utama yang telah disediakan. Pada tahun ini terdapat pelbagai jenis pakej bantuan telah disediakan oleh pihak kerajaan untuk mereka yang memerlukan. – KLIK DI SINI