4 Cara Mudah Untuk Semak Baki PTPTN

Cara Mudah Untuk Semak Baki PTPTN. PTPTN adalah satu institusi pembiayaan pendidikan yang sangat terkenal dalam negara kita.

Boleh dikatakan kebanyakan pelajar di dalam negara kita memohon pinjaman PTPTN untuk menyambung pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Ini kerana, syaratnya yang tidak terlalu ketat dan hampir semua pengajian boleh membuat pinjaman telah menjadikan ia pilihan nombor satu dalam kalangan bakal pelajar bagi membuat pinjaman pendidikan.

Semak Baki PTPTN

Bukan itu sahaja, PTPTN bukan sahaja mmeberi pinjaman pendidikan kepada pelajar IPTA tetapi juga memberi pinjaman pendidikan kepada pelajar IPTS.

Ia sekali gus, memberi peluang kepada pelajar yang mendapat keputusan kurang baik menyambung pelajaran mereka ke peringkat IPT. Sekali gus, dapat menjamin masa depan yang cerah.

Macam Mana Nak Semak Baki PTPTN??

Apabila kita sudah habis belajar dan sudah konvo tibalah masanya untuk kita mula bekerja. Bila sudah mula bekerja tibalah masanya untuk kita mula membuat bayaran balik pinjaman PTPTN kita.

Malah, sebagai orang islam kita sememangnya di ajar untuk membayar balik ke semua pinjaman yang telah kita buat. Tetapi timbul pula persoalan, macam mana kita hendak mengetahui baki PTPTN kita?

Pada masa kini untuk semak baki PTPTN bukanlah satu perkara yang sukar kerana anda sudah boleh semak baki PTPTN secara dalam talian. Berbeza pada zaman dahulu kita terpaksa menunggu surat penyata PTPTN sampai ke rumah dan kadangkala tersalah hantar ke rumah.

Ada beberapa cara yang boleh anda gunakan untuk semak baki PTPTN secara online. Antaranya ialah:

1- Pergi Ke Website Rasmi

Semak Baki PTPTN

Untuk menyemak baki PTPTN perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah dengan pergi ke website PTPTN atau anda boleh boleh klik Portal Rami PTPTN atau anda boleh terus pergi ke laman “Semakan Penyata Pinjaman” dengan klik link Laman Semakan Penyata Pinjaman Nak lebih mudah anda pergi sahaja ke laman semakan penyata pinjaman.

2- Masukkan Nombor IC Anda

Semak Baki PTPTN

Kemudian, untuk semak baki PTPTN, anda akan di bawa ke bahagian laman semakan penyata pinjaman anda perlu masukkan nombor IC anda. Setelah masukkan nombor IC anda, klik button semak yang ada di tepinya.

Baca Juga: 5 Cara Mudah Untuk Buat Semakan Penyata Gaji Secara Online

3- Masukkan Password Anda

Semak baki PTPTN

Kemudian, anda akan di bawa ke laman yang seterusnya. Di laman ini juga, anda kena isi nombor kad pengenalan anda dengan password anda. Bagi yang kali pertama hendak semak baki PTPTN, anda perlu anda perlu menghubungi PTPTN bagi mendapatkan kata laluan.

Manakala, bagi yang sudah berdaftar tetapi anda terlupa password, jangan risau kerana anda boleh membuat password yang baharu dengan cara klik butang “Terlupa Kata Laluan” kemudian kata laluan sementara akan di hantar terus ke email anda dan anda boleh gunakan untuk log masuk dan tukar kata laluan yang baru.

4- Mula Menyemak Penyata

Semak baki PTPTN

Selepas itu anda akan di bawa ke bahagian dashboard akaun anda. Di sinilah anda dapat menyemsk penyata PTPTN anda dan anda dapat semak baki PTPTN anda. Selain itu juga, anda dapat menyemak penyata PTPTN anda dengan lebih terperinci. Dalam pada masa yang sama, di bahagian ini anda boleh mengetahui berapa tunggakan PTPTN anda dan berapa jumlah bayaran yang teah anda buat. Bukan itu sahaja, anda juga boleh membuat bayaran PTPTN anda.

Kini Anda Sudah Boleh Semak Baki PTPTN Anda Dengan Mudah

Kesimpulanya, untuk semak baki PTPTN kita bukanlah satu perkara yang sukar kerana pada masa kini segalanya boleh dilakukan di hujung jari sahaja. Dengan adanya penyata online PTPTN ini ia sudah tentulah sangat memudahkan kita dan sangat menjimatkan masa kita.

Mana tidaknya, anda tidak perlu berhujan panas pergi ke pejabat PTPTN demi semata-mata mahu mendapatkan penyata PTPTN. Justeru itu, dengan adanya kemudahan seperti ini, kita perlulah menjadi seorang yang bertanggungjawab dengan melunaskan bayaran balik PTPTN kita. Jangan biarkan ia sampai tertunggak kerana nanti mungkin akan menyusahkan kita dan akan memberi kesan pada diri kita nanti.

 

1 thought on “4 Cara Mudah Untuk Semak Baki PTPTN”

Leave a Comment