TNB Online: 4 Cara Mudah Semak Bil Di MyTNB Online

Mungkin ada antara anda yang tidak pernah mendengar mengenai aplikasi MyTNB Online. Ia adalah satu aplikasi yang di bangunkan oleh pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Ia untuk memudahkan para pengguna menyemak bil TNB online dan tidak perlu tunggu bil fizikal sampai ke rumah yang kadangkala tidak sampai ke rumah. Bukan itu sahaja, ada juga kes yang bill TNB mereka langsung tidak sampai ke rumah.

TNB Online

Justeru itu, dengan adanya aplikasi MyTNB online ini anda boleh semak bil tnb online di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja.

Macam Mana Nak Daftar Akaun MyTNB Online??

Disebabkan itu, setiap dari kita perlu mempunyai akaun MyTNB ini bagi memudahkan kita menyemak bil TNB kita. Dengan adanya akaun MyTNB ini anda dapat menyemak bil TNB dengan sangat mudah. Malah, anda boleh lakukanya di hujung jari sahaja.

Tetapi untuk menyemak bill TNB online, kita tidak boleh menyemak begitu sahaja. Sebaliknya, kita perlulah mendaftar akaun MyTNB sama ada di portal atau di aplikasi MyTNB di dalam telefon bimbit kita. Ada beberapa cara untuk anda mendaftar akaun MyTNB. Antaranya:

1- Daftar Akaun

TNB Online

Untuk menyemak bil TNB online, anda perlu mendaftar akaun MyTNB. Untuk mendaftar, anda boleh terus mendaftar melalui aplikasi di telefon atau di Portal Rasmi MyTNB jangan sesekali mendaftar selain dari portal rasmi ini kerana di kuatiri tidak selamat kerana ia melibatkan maklumat peribadi anda.

TNB Online:

Sangat bahaya jika maklumat peribadi anda di curi dan di salah gunakan oleh orang lain. Untuk anda yang baru nak mendaftar, anda perlu klik ikon “New Here?? Register Now”. Kemudian, anda akan di bawa ke halaman Register for new account. Di halaman yang seterusnya ini ada  dua pilihan yang boleh anda pilih untuk mendaftar iaitu:

  • Register for MyTNB account
  • Sign up for a bulk account.

Untuk anda yang baru hendak mendaftar akaun MyTNB, anda terus sahaja klik ikon “Register for MyTNB account”

2- Isikan Segala Maklumat Yang Di Perlukan

TNB Online:

Selepas itu, anda akan di bawa ke bahagian borang pendaftaran. Di sini anda akan di minta untuk isi segala maklumat yang diperlukan. Antara maklumat yang perlu di isi ialah:

  • Nama penuh
  • email
  • Nombor telefon
  • Password dan sebagainya.

Selepas isi segala maklumat yang di perlukan jangan lupa tanda dekat bahagian “Anda bersetuju dengan syarat dari TNB” yang ada di bawahnya. Kemudian, selepas selesai isi semua maklumat yang di perlukan, anda perlu semak lagi sekali maklumat yang diperlukan supaya tidak salah isi kemudian klik ikon “Create Account”

Baca Juga: 4 Cara Membuat Pendaftaran ASB Online Menggunakan MyASNB

3- Pengesahan Akaun

Selepas itu, anda akan di minta untuk mengisi nombor OTP yang akan di hantar ke nombor telefon yang telah anda daftarkan di atas tadi. Jika dalam masa 5 minit anda tidak dapat nombor OTP, anda perlu klik ikon “resend”. Apabila sudah dapat nombor OTP, masukkan nombor OTP tersebut dan klik ikon konfim.

4- Semak Email

Selepas selesai mendaftar, email pengesahan akan di hantar ke email yang telah anda daftarkan. Dekat email nanti akan beritahu langkah seterusnya yang perlu anda lakukan. Kemudian, anda boleh login menggunakan email da password yang telah anda daftar.

MyTNB Sangat Membantu Kita Dalam Semak Bill TNB Online

Kesimpulanya, dengan adanya aplikasi MyTNB, ia sangat memudahkan kita untuk menyemak TNB online. Bukan itu sahaja, ia sangat menjimatkan masa kita dan boleh semak bill TNB kita pada bila-bila masa sahaja. Jadi, anda sudah tidak perlu risau jika bil TNB anda tidak sampai ke rumah anda kerana sekarang ini sudah boleh semak bil TNB online melalui MyTNB pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

 

 

Leave a Comment