Cara login UITM student portal. UITM antara IPTA yang menjadi pilihan kebanyakan lepasan SPM di negara kita. Justeru itu, tidak hairanlah saban tahun permohonan kemasukan ke UITM semakin meningkat.
Mana tidaknya, yuran pengajian UITM sangat berpatutan dan mempunyai fasiliti yang serba lengkap dan moden. Ia sekali tidak langsung dapat memberikan keselesaan kepada pelajar. Bukan itu sahaja, untuk memudahkan lagi para pelajar, UITM turut menyediakan portal untuk pelajar mereka.
Macam Mana Nak Login UITM Student Portal Ini?
Bagi pelajar yang sudah lama belajar di UITM portal ini bukanlah satu perkara yang asing buat mereka. Malah, setiap dari pelajar UITM wajib mempunyai portal pelajar ini.
Mana tidaknya, di sinilah pelajar dapat mencari segala maklumat mengenai jadual kelas, yuran, Maklumat anda, pendaftaran kursus, aktiviti kolej dan sebagainya. Justeru itu, bagi pelajar baru memang sangat di galakkan untuk mendaftar UITM student portal untuk memudahkan proses pembelajaran nanti. Ada beberapa cara untuk anda login masuk. Antaranya ialah:
1- Pergi Ke Laman Web Rasmi
Untuk login ke UITM student portal perakara pertama sekali yang perlu anda lakukan ialah dengan pergi ke portal rasmi pelajar UITM atau anda boleh klik di sini
2- Klik Button First Time Login
Bagi pelajar lama UITM, anda boleh terus login dengan masukkan ID pelajar anda dan password anda. Tetapi bagi pelajar paru dan belum mendaftar ke UITM student portal, anda tidak boleh login macam biasa. Ini kerana, anda perlu mendaftar akaun terlebih dahulu
Baca Juga: 3 CARA MUDAH SEMAK NOMBOR TRACKING POSLAJU
3- Mula Membuat Password Recover
Setelah klik button di atas, anda akan di bawa ke laman password recover. Di laman ini, anda perlu isi maklumat seperti student ID anda, email dan security number. Selepas selesai mengisi segala maklumat yang di perlukan anda perlu klik butang “send my password to my email now”
4- Semak Email Anda
Setelah selesai ke semua proses di atas, proses seterusnya yang perlu anda lakukan ialah dengan menyemak email anda. Ini kerana, segala maklumat dan password serta langkah seterusnya yang perlu anda lakukan akan di hantar ke email yang telah anda daftar tadi.
Apa Yang Ada Dalam UITM Student Portal??
Dalam UITM Student Portal ini ada beberapa perkara penting untuk para pelajar dan untuk memudahkan proses pembelajaran di UITM nanti. Antaranya ialah:
1. eAcademic
- Jadual Kelas
- Keputusan Peperiksaan
- Slip Peperiksaan
- Sistem Pendaftaran eCourse
- Permohonan Cuti Khas
- Permohonan Lanjutan Pengajian
- Permohonan Transkrip Akademik
2. iLearn Portal
- iClass
- SuFO
3. FinePortal
- Bayaran bil
4. eHEP
- e-Kolej
- Insentif Makan
- Zakat
- Stiker Kenderaan
- Saman Lalulintas
- Pelajar NR
- Stiker Elektrik
- Bantuan Aktiviti Kampus (eSPAK)
- Kebajikan
UITM Student Portal Juga Boleh Di Gunakan Di Handphone
Mungkin ramai yang tidak mengetahui, UITM juga turut menyediakan aplikasi UITM Student Portal di telefon. Jadi, ia memudahkan para pelajar untuk mendaftar subjek atau mendapatkan segala maklumat berkaitan pembelajaran dan segala aktiviti di UITM.
Memang sangat memudahkan kerana tidak perlu bersusah payah membawa laptop kehulu-ke hilir. Untuk download UITM Student Portal di handphone, anda boleh klik link di sini
Portal Sebegini Sudah Tentu Sangat Memudahkan Para Pelajar
Kesimpulanya, dengan adanya potal pelajar sebegini, ia sangat membantu dan memudahkan urusan pelajar di IPTA. Tidak hairanlah jika kebanyakan IPTA mula mewujudkan portal pelajar mereka sendiri sama seperti UITM.
UITM Student Portal bukan sahaja melambangkan UITM sebuah IPT yang mempunyai fasiliti yang moden tetapi juga menujukkan UITM sebuah IPT yang mampu berdaya saing dalam bidang teknologi dan IT sama seperti IPT lain di Malaysia. Dalam pada masa yang sama ia membuktikan
Jadi, bagi pelajar IPT ambil peluang dengan menggunakan portal perlajar IPT anda dengan sebaiknya dan jangan sia-siakan. Dengan adanya portal pelajar sebegini ia berfungsi memudahkan anda untuk anda menuntut ilmu dan dalam pada masa yang sama ia memudahkan anda dan menjimatkan masa anda. Jadi, hargailah portal pelajar IPT anda dengan sebaiknya.