Pandemik COVID-19 menyebabkan 37,415 perniagaan terpaksa ditutup
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 26,007 merupakan usahawan mikro diikuti 2,738 lagi membabitkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sepanjang pandemik ini.
–> Sila baca Senarai Semua Bantuan Yang Anda Layak ~ cara semakan bantuan 2021
Intipati kenyataan berita
- Seramai 37,415 perniagaan dilapor gulung tikar berikutan terkesan akibat pandemik COVID-19.
- Menurut beliau, statistik tersebut diperoleh hasil kajian Impak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ke atas Landskap Usahawan di Malaysia pada 15 hingga 28 Jun lalu.
- Pelaksanaan PKP juga menyebabkan gangguan dalam operasi perniagaan, di mana usahawan terpaksa menutup sementara atau memendekkan waktu operasi perniagaan mereka.
- Larangan semasa penguatkuasaan PKP 1.0 yang lebih ketat menjejaskan lebih banyak operasi perniagaan (72 peratus) berbanding semasa PKP 2.0 (35 peratus).
- Menteri Medac, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ini adalah kebenaran yang pahit untuk ditelan namun perlu disuarakan bagi membayangkan keadaan sebenar dihadapi usahawan PMKS.
- Tiga faktor utama yang menjejaskan kesihatan mental usahawan adalah kehilangan pendapatan, hutang dan isu kewangan selain risiko penutupan perniagaan.
- Kebanyakan usahawan ini bimbang mengenai masa depan mereka sehingga menyebabkan tekanan perasaan.
- Lebih 90 peratus daripada mereka tidak mempunyai perlindungan insurans dan 70 peratus lagi tiada perlindungan tambahan sekiranya kehilangan pendapatan.
- Oleh itu, terdapat banyak usaha kerajaan dalam membantu perusahaan kecil ini yang merangkumi pelaksanaan 11 program dengan peruntukan sebanyak RM14.8 juta dan melibatkan 8,950 penerima manfaat, termasuklah Geran Khas Prihatin (GKP).
Maklumat Lanjut
Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web kerajaan yang sahih di sini.
Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan bantuan di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang bantuan kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan yang boleh didapati di Portal Manfaat.
Layari MyInfoKerja bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.
–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih