21 Kekosongan Baharu: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)

Kerjaya di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

Peluang Kerjaya Sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41

 

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan sedang mencari individu untuk menyertai perkhidmatan awam yang mempunyai ciri-ciri keperibadian seperti di bawah:

  • Keterampilan yang baik;
  • Semangat yang tinggi dalam berkerja secara berkumpulan;
  • Bakat kepimpinan;
  • Ciri-ciri jati diri yang cemerlang; dan
  • Kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan

 

Syarat Lantikan Jawatan

Pemohon hendaklah seorang Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

Antara syarat lantikan juga adalah pemohon hendaklah juga mempunyai kelulusan ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf seteraf dengannya.

Pemohon hendaklah menepati syarat kelulusan sebelum memohon jawatan ini.

Selain itu, calon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Sila tekan link di sini untuk melihat syarat kelulusan yang lebih lanjut.

 

Cara-Cara Memohon

Calon yang berminat dan memenuhi syarat ditetapkan boleh mengemukakan/mengemas kini permohonan secara dalam talian (online) melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9).

Sila tekan link di sini untuk mengakses permohonan di portal tersebut.

 

Lokasi kekosongan: Negeri Sembilan

Tarikh tutup permohonan: 29 Januari 2021 (Jumaat), jam 11:59 malam

 

Selamat maju jaya!

Leave a Comment