1MDB: Selepas 167 hari bicara, Najib minta hakim tarik diri

1MDB: Selepas 167 hari bicara, Najib minta hakim tarik diri

1MDB: Selepas 167 hari bicara, Najib minta hakim tarik diri. Sebaik sahaja perbicaraan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) RM2.28 bilion bermula, peguam bela utama, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan mahkamah bahawa mereka berhasrat untuk memohon agar Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Collin Lawrence Sequerah menarik diri daripada terus mendengar perbicaraan itu.

Ia berikutan pendedahan yang dibuat oleh Hakim Sequerah semalam yang menyatakan bahawa beliau pernah bekerja di firma guaman yang sama, Zain & Co. bersama-sama bekas peguam 1MDB, Jasmine Loo Ai Swan.

1MDB

Jasmine menyerah diri kepada pihak berkuasa pada 7 Julai lalu selepas menghilangkan diri sejak skandal 1MDB dibongkarkan dan kini sedang memberi keterangan terhadap pihak polis.

Wanita itu akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) untuk siasatan selepas PDRM tamat mengambil keterangan.

Terdahulu, Muhammad Shafee yang mewakili bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberitahu mahkamah, permohonan rasmi berhubung perkara itu akan difailkan dalam masa terdekat.

“Saya baru berkesempatan untuk berbincang dengan anak guam saya (Najib) pagi ini. Tetapi kami sedang mempertimbangkan untuk memfailkan permohonan agar Yang Arif menarik diri daripada terus mendengar perbicaraan ini.

1MDB

“Pendedahan yang dibuat oleh Yang Arif semalam agak mengejutkan saya dan anak guam saya. Nama Jasmin Loo telah disebut sebanyak 656 kali sepanjang 167 hari perbicaraan.

“Tidak kira sama ada Jasmine Loo akan dipanggil memberi keterangan atau tidak, tetapi (fakta) bahawa Yang Arif pernah menjadi rakan kongsi dalam firma guaman yang sama merupakan satu alasan yang membolehkan Yang Arif untuk mempertimnbangkan untuk menarik diri,”kata Muhammad Shafee.

Mendengar perkara itu, Hakim Sequerah memaklumkan beliau akan menguruskan (dealt with it) apabila tiba masanya (permohonan rasmi difailkan).

Perbicaraan kemudian bersambung dengan Muhammad Shafee menyoal balas saksi pendakwaan ke-44, bekas pegawai bank BSI Bank Ltd., Singapura, Kevin Micheal Swampillai.

Sumber: UTUSAN

Mahkamah Tinggi memberitahu di sini pada Rabu bahawa beliau pernah menjadi rakan kongsi

Skim Perubatan MADANI Percuma Untuk Golongan B40

1MDB

Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama.  Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free. 1MDB: Selepas 167 hari bicara, Najib minta hakim tarik diri

Leave a Comment