15 Jawatan Kosong 2021 di UiTM Negeri Selangor

Jawatan Kosong 2021: UiTM Shah Alam, UiTM Cawangan Selangor dan Hospital UiTM, Kampus Puncak Alam

15 Jenis Kekosongan Jawatan di UiTM Negeri Selangor

Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera/Bukan Bumiputera (Jawatan Akademik) dan Bumiputera (Jawatan Pentadbiran) yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan Tetap/Kontrak di :-
  • UiTM Shah Alam
  • UiTM Cawangan Selangor
  • Hospital UiTM, Kampus Puncak Alam

Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong sebagaimana berikut:

  1. Pensyarah DM45,DM51,DM53,VK7
  2. Pengurus Ladang G41
  3. Penolong Pegawai Farmasi U29
  4. Jururawat U29
  5. Juru X-Ray U29
  6. Penolong Jurutera JA29
  7. Jurufotografi B19
  8. Pegawai Pemulihan Perubatan U41
  9. Jururawat U29
  10. Penolong Pegawai Perubatan U29
  11. Penolong Pegawai Sains C29
  12. Penolong Pegawai Tadbir N29
  13. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19
  14. Pembantu Pembedahan Pergigian U19
  15. Pembantu Perawatan Kesihatan U11

jawatan kosong   yu4

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan adalah berbeza bagi dua kategori iaitu jawatan akademik dan jawatan pentadbiran.

Jawatan Akademik – Pensyarah UiTM

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DM45
Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D)
(c) (i) Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Gaji permulaan ialah pada Gred DM45: RM3,070.00); atau
(ii) Ijazah Sarjana Muda Seni Bina atau Diploma Lanjutan dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Lembaga Arkitek Malaysia. Gaji permulaan ialah pada Gred DM45: RM3,070.00); atau
(iii) Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Gaji permulaan ialah pada Gred DM45: RM3,380.37

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DM51
(d) (i) Mempunyai kelayakan seperti di perenggan 1(c);
dan (ii) Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya; dan
(iii) Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan. Gaji permulaan ialah pada Gred DM51 : RM5,855.00

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DM53 (PROFESOR MADYA)
(e) (i) Mempunyai kelayakan seperti di perenggan 1(c);
dan (ii) Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang sangat istimewa mutunya; dan
(iii) Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan. Gaji permulaan ialah pada Gred DM53 : RM6,162.00

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED KHAS C (PROFESOR)
(f) (i) Mempunyai kelayakan seperti di perenggan 1(c);
dan (ii) Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya; dan
(iii) Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan. Gaji permulaan ialah pada Gred VK7 : RM7,676.00

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa
Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

Bagi syarat-syarat kelayakan bagi jawatan akademik dan pentadbiran yang lain, sila klik di sini untuk menagkses iklan dikeluarkan rasmi UiTM.

yu3

Cara Memohon

a. Untuk Bukan Staf UiTM
  1. Pemohon dikehendaki membeli nombor pin di Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 14 Februari 2021 hingga 1 Mac 2021 dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon sahaja di kaunter cawangan BSN dengan bayaran RM 10.00. Setiap pemohon hanya dibenarkan untuk membeli SATU (1) nombor pin sahaja.
  2. Sila nyatakan ‘Jawatan Kosong UiTM’ semasa pembelian nombor pin di kaunter BSN.
  3. Permohonan hendaklah dibuat dengan melayari laman sesawang UiTM di http://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/ dan membuat permohonan secara dalam talian (online) sahaja dengan mengisikan maklumat yang diperlukan.
  4. Pemohon hanya boleh memohon untuk SATU (1) jawatan yang diiklankan sahaja.
  5. Bagi permohonan jawatan Pensyarah/Pensyarah Kanan/Profesor Madya/Profesor:
    1. Pemohon-pemohon berkelayakan Ijazah Sarjana hendaklah memiliki CGPA 3.00 ke atas/Kelas Kedua Tinggi/Mumtaz/Jayyid Jiddan atau yang setaraf diperingkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana. (Pengecualian bagi pemohon yang telah memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) atau setara)
    2. Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D).
    3. Permohonan jawatan Profesor boleh dibuat melalui sistem ePengambilan Staf dengan mengisi borang Profesor Madya (sekiranya memiliki kelayakan Ph.D) dan Pensyarah (sekiranya memiliki kelayakan Sarjana).
b. Untuk Staf UiTM Sahaja
  • Permohonan daripada Staf UiTM berstatus tetap/kontrak/sementara dimana pelantikan dibuat melalui Bahagian Pengambilan dan Penempatan Staf, hendaklah dibuat melalui sistem aplikasi dalam talian (online) melalui Portal i-Staf > eProses & Sistem Sokongan > ePengambilan Staf.

yu1

15 Jawatan Kosong di UiTM Negeri Selangor

Lokasi Kekosongan: Selangor

Tarikh tutup permohonan: 1 Mac 2021 (Isnin)

Baca iklan rasmi penuh oleh UiTM di sini.

 

Baca juga: Rasmi: Jadual Pembayaran BPR Bantuan Prihatin Rakyat! Sila klik link di sini.

Selamat maju jaya!

Leave a Comment