Cara Temuduga : 10 Cara Temuduga Dan Persediaan Semasa Temuduga Online
Cara Temuduga : 10 Cara Temuduga Dan Persediaan Semasa Temuduga Online Kepada mereka yang menerima berita gembira, anda bolehlah membuat persediaan yang rapi bagi menghadapi temuduga daripada pihak Berkenaan panggilan temuduga pendidikan.
Disini, kami sediakan Cara Temuduga khas kepada anda persediaan temuduga SPP yang dikongsikan oleh seorang Guru, Farah Nabilah yang mempunyai pengalaman hadiri temuduga SPP.
Jom! kita ikuti persediaan yang PENTING bagi menhadapi temuduga SPP nanti. Tarikh Temuduga yang bakal tiba merupakan suatu yang mungkin akan memberi debaran kepada para calon semua. Walau bagaimanapun, anda perlu menghadapinya dengan tenang dan rapi. Jangan risau! anda semestinya mampu dan boleh!.
Baca juga sini: Kategori Yang Dibenarkan Membuat Pengeluaran Wang KWSP
Pertama sekali….
Mestilah pakai pakaian kemas dan formal. Wajib ada tag nama, rambut pendek bagi lelaki, dan baju kurung bagi wanita islam. Wanita bukan islam, pakai pakaian sopan.
Kedua….
Zaman teknologi sekarang mesti tahu asas dan serba sedikit mengenai Google Meet, Zoom, Telegram, Youtube dan lain-lain.
Ya, sememangnya seorang pendidik wajar mengambil tahu kecanggihan aplikasi dan teknologi supaya proses pengajaran berjalan lancar
Ketiga…
Kenali kaedah PDPR yang ada. Online, offline, offsite. Gabungan kaedah. Baca dan fahami betul-betul. Semuanya ada di laman web dan FB KPM.
Keempat…
Cuba tambah ilmu tentang apps terkini yang ramai cikgu guna pada masa sekarang ini seperti Kahoot, Quizziz, Wordwall, Liveworksheet, Educandy dan banyak lagi. Praktis dari sekarang.
Kelima…
Memandangkan kes covid19 belum turun dan kita masih dalam PKP, kemungkinan temuduga diadakan secara online sangat tinggi dan sila sediakan tempat sesuai untuk ditemuduga. Lighting, microphone dan background antara yang penting.
Keenam Ini Take Noted!..
Ubah bagi nampak menarik dan berkeyakinan dan Praktis cara mengajar serta Pilih satu subjek, atau topik menarik. Cuba ajar depan cermin atau rakam diri sendiri mengajar.
Ketujuh…
Paling penting, wajib setuju jika ditempatkan di mana-manapun. Jangan pilih-pilih tempat. 4 negeri iaitu Selangor, Johor, Sabah dan Sarawak itu sudah pasti. Sediakan mental dan fizikal.
Baca Juga : Permohonan Jawatan Kosong Maybank Protege
Kelapan…
Pastikan badan sihat Semasa dipanggil temuduga bersemuka pula, praktis gaya bercakap, mesti yakin, cakna isu semasa, jangan pula antivaksin yer..
Kesembilan…
Mesti guna bahasa formal dan baku. Paling penting, masa nak kenalkan diri mesti guna kata sendi yang betul. Saya berasal ‘dari’ Kedah. Bukannya Saya berasal ‘daripada’ Kedah ya. Kang kena setepek awal-awal temuduga. Jawab soalan dengan suara yang lantang, jelas dan jangan guna bahasa pasar. huhu
Akhir Sekali cara temuduga adalah…
Boleh kongsikan pengalaman mengajar jika pernah mengajar, BBM yang pernah buat, masalah di sekolah dan cara mengatasi.
Dan Jangan Lupa… boleh juga nak tumpukan perhatian pada sistem pendidikan Malaysia sekarang, semak balik Falsafah Pendidikan Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, ketahui fungsi SPP dan JPA.
Perkongsian ini dikongsi oleh Facebook : Farah Nabilah
Pihak SPP telahpun menapis semua permohonan para calon yang memohon, dan jika anda terpilih itu merupakan satu kejayaan kerana anda berada dikalangan yang terbaik. Dipanggil oleh pihak SPP untuk hadiri temuduga merupakan satu peluang yang besar kepada calon-calon.
Kepada mereka yang menerima berita gembira, anda bolehlah membuat persediaan yang rapi bagi menghadapi temuduga daripada pihak SPP. Berkenaan panggilan temuduga pendidikan.
Kepada mereka yang masih belum menyemak mengenai hebahan panggilan temuduga SPP, anda boleh menyemak dibawah:
Semakan Panggilan Temuduga spp
Semoga dipermudahkan urusan para calon pendidik. Do Your Best! Demikianlah perkongsian serba sediki mengenai persediaan hadiri temuduga SPP. Mungkin ramai yang terlepas pandang walaupun ia perkara remeh tentang cara temuduga ini.
Perhatian – Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.